It was quite a day for Nini Laki yesterday. In the afternoon, he boarded a flight to Kuala Lumpur, not on vacation but on duty. He was sent by the Halal Food Control Division (BKMH) to oversee a company in that region complying with Halal regulations before exporting its products to Brunei.
Anyway, this blog post is about something that has happened before Nini Laki's flight. Earlier in the morning, Nini Laki gave a briefing about a newly established organisation in Brunei, namely the Ex-Religious Officers Organisation (Persatukan Bekas Guru Agama) or PERGA for short.
Here is the full story (in Malay) as extracted from the [Media Permata]:
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Satu lagi sejarah bermakna berlaku di Negara Brunei Darussalam tahun ini apabila para bekas guru agama dan bekas pegawai pernah bertugas mengajar di mana-mana institusi pendidikan agama kerajaan di negara ini kini memiliki persatuannya sendiri yang dinamakan Persatuan Bekas Guru Agama (PERGA).
Salah satu daripada tujuan penubuhannya ialah untuk memberikan sumbangan dalam meninggikan syiar Islam, menyemarakkan kegiatan dakwah dan memantapkan pendidikan agama di negara ini.
Ke arah memastikan keaktifan PERGA dan mencapai tujuan penubuhannya, PERGA akan mengadakan Mesyuarat Agung Pertamanya dalam sedikit masa lagi dengan salah satu daripada agenda utamanya ialah mengundi bagi memilih Jawatankuasa Tadbir, yang akan mentadbir persatuan berkenaan.
Sehubungan itu, Majlis Taklimat PERGA telah diadakan hari ini di Teater Mini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertujuan bagi memperkenalkan PERGA secara lebih terperinci lagi kepada para ahlinya.
PERGA diluluskan pendaftarannya di bawah Perintah Pertubuhan 2005 Bahagian Pendaftaran Pertubuhan pada 20 Mei 2010.
Dalam taklimatnya, Pengerusi Bersama Majlis, Haji Abdul Rahman Haji Matarsat menyatakan Jawatankuasa Tadbir yang dilantik itu nanti terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung dan Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Badan.
Beliau menjelaskan lanjut, Jawatankuasa Badan itu terdiri daripada Badan Sosial dan Kebajikan, Badan Akademik, Dakwah, Penerangan dan Penerbitan, Badan Ekonomi dan Perusahaan, dan Badan Wanita.
Menyentuh tiga lagi tujuan PERGA ditubuhkan, beliau menyatakan ia juga bagi menyatupadukan bekas guru agama dan pegawai yang menjadi ahli persatuan.
Selain bagi membantu mengekalkan kecerdasan dan keaktifan ahli melalui projek, kegiatan dan aktiviti persatuan, dan untuk meninggikan taraf hidup para ahlinya melalui projek ekonomi dan perusahaan yang sesuai dan termampu, ujarnya.
Menurutnya, keahlian adalah dibukakan kepada bekas guru-guru agama dan bekas pegawai-pegawai yang pernah bertugas mengajar di mana-mana institusi pendidikan agama kerajaan di negara ini.
Syarat menjadi ahli ialah tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada lima tahun, walau bagaimanapun yang kurang daripada lima tahun akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tertinggi Persatuan.
Pemohon hendaklah warganegara Brunei Darussalam, tidak pernah dijatuhi hukuman oleh mana-mana mahkamah disebabkan melakukan kesalahan jenayah dan tamat perkhidmatan dengan kerajaan bukan disebabkan dibuang kerja, jelasnya lanjut di majlis yang turut mendengarkan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Haji Musa Mantok berkenaan.
Sebarang maklumat lanjut mengenai PERGA, mereka yang memenuhi syarat bolehlah menghubungi talian telefon 8832397 ataupun 8723193.
NOTE: Nini Laki's phone number has been printed wrongly ~ it should have been 8723192
No comments:
Post a Comment